Saturday 23 October 2010

lama sudah

Assalamualaikum...
agak lama aku tak online weh...
mmg lama woo...fb ker email ker..blog ker..
semua aku off...
bukan apa...bz sesangat ler sekarang nie
nie pun tergerak nak online tulis blog sbb baca blog cahaya kekasih

wah biler baca blog cahaya kekasih..
tgk dah berubah bnyk dah dia..
dr sorang budak yang nakal..
kepada bakal isteri yang solleh..
alhamdulillah...
semakin ramai kengkawan aku yang berubah kearah kebaikan
bagus untuk diaorg...
aku aja yang masih nakal skit..
tp apa yg mendukacitakan aku adalah mengenai wife aku
biler ler dia nak berubah menyedari yang dia telah berkawin
mempunyai suami dan bakal mempunyai anak
kenapa masih nak menyakiti hati suami
aku kekekadang terasa hati dengan sikap wife aku..
tp dalam masa sekarang aku hanya mampu bersabar..
cuma aku tak pasti sampai bila kesabaran nie akan bertahan
kerna ku tahu yang aku bukan lah seorang yang begitu penyabar..
aku kini pun dah tak pasti akan perkhawinan ini
mungkin jodoh aku akan berakhir dengan cepat
mungkin juga akan berkekalan...
aku cuma harapkan yang jodoh nie akan berkekalan hendaknya
aku kecian kan baby yang bakal lahir
tp hati ku sakit sangat..............................................

Tuesday 28 September 2010

Trip...emosi...kesimpulan

Salam..
bagaimana aku nak memulakan intro ini...
entah ler..nie ler yg dikatakan emosi terganggu..
nak luahkan tp tak tahu bagaimana nak mulakan
agaknya sebab nie ramai org jumpa pakar psikatari..
nak luahkan apa yg terbuku dlam hati..

ari jumaat last week aku gi jb..
kunun nak jumpa kengkawan lama and melawat sek lama ler...
tp sbb kepenatan, aku smpai jb pun lewat..
sek pun dah nak tamat..
tak bnyk ler cikgu2 sek lama yg sempat aku berbual..
ingat nak pergi umah kengkawan lama..
ada yg sempat dan ada yg tak sempat..
tp aku frust tul tak dpt jumpa ayu...
bnyk gak citer nak story kat dia..
huhuhuhuhuhu...maybe next time..

yg tak best nyer....lepas blk dr jhr...
singgah ler dkt kl..konon nyer nak bermanja dgn bini ler..
last2 jd pergaduhan...erm aku tak suka..
tp nak buat mcm mana..aku betol2 sakit hati...

bagaimana rasanya kalau korang dipersalahkan atas sesuatu yg korang tak jangka..
mesti sakit hati kan...
itu lah yg aku rasa sekarang nie..
sakit hati apabila dipersalahkan.....
tp aku notice sejak wife aku mengandung nie..
aku alami perubahan dari segi emosi..
aku cepat menjadi emosi..
mgkn kerna excited nak jd bapak kut..
entah ler......

Wednesday 22 September 2010

Alhamdulillah...kepastian

Alhamdulillah...kepastian yang aku nantikan
dah menjelma di hadapan aku...
bersyukur aku kepada ya ALLAH atas kurniaan ini...
walaupun masih baru dan jauh lg perjalanan ini..
tp kepastian ini membuatkan aku teruja sanggat2...

sebenarnya isteri aku dah pasti mengandung..
doktor sahkan dah lima minggu dia mengandung..
selepas lebih kurang 3 bulan kami berkawin..
yg ditunggu akhirnya muncul..yeler aku sebenarnya
risau gak..maklum ler aku dgn wife aku pun dah 3 series umur...
takut gak kalau susah nak dpt baby..

mula2 aku tak perasan yang dia mengandung...
dia tak muntah or alergik apa2 mcm pompuan mengandung yang lain..
tp apabila lepas raya, period dia tak datang,
aku mula syak something....
last2 kami beli ler pregenancy test kit kat guardian di wangsa walk..
sayangnya aku tak dpt bersama dia masa buat ujian tu..

malam tu, sewaktu aku diatas bas...
my wife kol aku dan bg tau keputusan..
mula2 mcm tak percaya...esok buat lg test tu....
so mula ler aku percaya yg wife aku dah pregnant..
bila wife aku berjumpa doktor...maka lebih tepat keputusan nya..

selepas nie, aku kena ler keje kuat skit..
nak kumpul duit utk baby nun...
tak dapat ler aku belanja mcm dulu...
kena berjimat cermat skit ler...hehehe
aku pun kena ler banyak bersabar dengan wife aku
kena prepare dgn kerenah wife aku lepas nie..
huhuhuhuhu....

apa pun aku mengharapkan perjalanan ini
akan sentiasa selamat...
semoga tiada masalah besar akan berlaku sepanjang
wife aku mengandungkan baby sulung aku nie..

Saturday 18 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Ampun maaf dipinta
dah dekat seminggu raya berlalu..
raya yang berbeza buat aku tahun nie...
yeler..dulu beraya bersorangan dengan family
tahun nie beraya dengan isteri dan keluarga mentua.
tahun depan, Insyallah aku mungkin beraya dengan isteri dan baby.
harap2 impian aku akan menjadi kenyataan. Amin......

Raya tahun nie..agak baru dan memenatkan bagi aku.
raya tahun nie aku beraya kat parit buntar...
umah tok kepada isteri aku..
punya ler penat dan bnyk berjalan...
ramai betol adik beradik mak mentua aku...
termasuk bapak saudara mak mentua aku..
isteri aku kalau dah jumpa sepupu2 dia...
mula ler bersembang...sampai tarik muka bila ajak aloq stuck..
hehehehehe...
tapi alhamdulillah..bnyk gak sedara sebelah isteri aku yg aku kenal
walaupun nama tak dapat aku ingat semua nya..
hehehe....

alhamdulillah...aku mcm akan jd ayah tahun depan...
wife aku dah guna pregancy test kit...comform...
cuma aku dgn dia tak pi jumpa doktor aja lg
untuk pengesahan yang pasti...
awal2 lg akak aku dah pesan suruh banyk bersabar dengan kerenah org mengandung
ntah ler...sama ada aku leh sabar sepenuhnya atau tak
aku nie pun jenis panas baran gak...huhuhu...sabar...

next week aku akan ke jb
aku masih duk pk nak pi naik plane or keta...
huhuhu....
semua tu makan kos yg bnyk..
nasib ler..aku dah berjanji dngn org..
kena tunanikan...
lg pun ada reunion ex sktu1...
lama tak jumpa diaorg nie....
huhuhuhuhuhu

Tuesday 7 September 2010

isteri solehah

Entri kisah teladan yang ummi paparkan kali ini. Semoga menjadi contoh dan teladan buat semua.

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”

Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.

Welcome back

Assalamualaikum...
dah lama aku tak tulis apa2 dlam blog aku...
dah dekat setahun pun...
wah lama gak woo...
rasa mcm nak pusing balik masa ler
bnyk kenangan manis and pahit dalam tempoh masa nie..
huhuhuhuhuhuhu.....

aku sekarang nie dah pun jd suami orang..
aku dah kawin bulan 6 atau lebih tepat 4/6/2010
setelah umur aku 30 baru nak kawin...
tapi bila dah kawin nie teringat lak zaman bujang...
bila bujang teringin nak kawin..
bila dah kawin teringin lak nak bujang
huhuhu....
rupa nya bila dah berkawin berat tanggungjawab nyer..
masa bujang aku duk pk..best org kawin nie...ada bini leh main.
tapi tanggungjawab nyer aku tak nampak...
dengan sapa aku kawin biar lah rahsia dulu.
tapi sebelum aku buat keputusan nak kawin nie
ada ler ujian yang datang menjengah........
kira aku kalah ler dalam ujian tu...nasib baik ada peluang membetulkan diri..

selain daripada kawin, aku pun dah bertukar balik kampung halamanku...
ingatkan seronok bila dapat balik kampung halaman..
aku jadi kekok dengan suasana baru nie...
bukan kerana aku lupakan daratan.
tapi aku biasa idup yang agak bebas dan temani rakan2.
tapi rakan2 rumah aku dah berpisah....
ada yang ke australia...
ada yang dah tamat belajar..
ada yang mencari kerja baru di tempat baru...
rupa nya aku merindui segalanya yang pernah terjadi...
kekesalan kerna bertukar pun ada terdetik di hati nie...
tp apakan daya...semua dah tak boleh dipatah balik...

apa pun aku rasa syukur dengan laluan perjalanan hidupku kini...
banyak lg yang aku perlu pelajari dan berubah
realiti nya tiada manusia yang sempurna dan aku masih terlalu jauh utk itu..
semoga aku dan keluarga aku terus dirahmati oleh ALLAH

Selamat kembali ke alam penulisan.......

Friday 23 October 2009

S.E.T.I.A

salam..
tajuk yang aku pilih adalah melalui pemerhatian aku..
aku cuba untuk merungkai apa itu setia..
aku melakukan ujian kepada kenalan aku...
aku minta maaf kerna apa yg aku lakukan mgkn menyinggung perasaan kalian
aku cuma mencari jawapan kepada persoalan aku..
setia manakah pasangan tersebut?

aku akui yang aku bukan lah pasangan yang setia...
aku bnyk melakukan kesalahan..
bak kata orang, apa yang kita lakukan hari nie..
pasti akan mendatangkan sesuatu dimasa hadapan..
mgkn kerna kata2 itu aku percaya yang apa yang telah aku lakukan pada masa lepas
membuatkan aku masih belum ketemu jodoh aku..

kembali kepada rakan2 aku..
mmg ada yang begitu setia hingakan sanggup mengorbankan diri..
ada lak setia pada kata2...
dibelakang pasangan masing2..melakukan sebaliknya..
aku rasa bersalah...tetapi aku perlukan jawapan...

kini aku mengenali siapa rakan aku yang setia...
dan siapa yang tidak setia...
tetapi persoalan aku untuk aku dari aku..
masih belum terungkai...