Wednesday 12 August 2009

Man dah bertunang...


Wah...finally member baik aku nie dah
bertunang...mendahului aku ler nmpk nyer..
tp kira ok ler...sama padan sama cantik..
bagus ler man...ko tak pandang belakang lg dah...
sekarang kena keje kuat sikit arr..maklum ler..
lepas nie nak naik pelamin lak...apa pun aku
dah ucapakan taniah ler...lg satu..zaman bertunang nie zaman mencabar skit...pahit manis bergantung pada kita n pasangan...mcm mana aku tahu...aku pun pernah bertunang dan pernah putus tunang...jgn ikut jejak langkah aku lak...hehehe...khas buat encik e-jan....ko tunggu apa lg....cepat ler beb...takka nak jd kasanova sampai ke tua....hehehe...kalau org taknak....cari aja yg lain...bnyk lg pompuan dalam dunia nie...sama ada kita berani atau tak aja....sendiri mau ingat arr....

terungkai sudah....

Salam...Fir,
aku x tau sbnrnye mcm mane nk ckp dgn ko.
Puas aku memikir spy ape yg aku ckp nie x akan lukakan hati ko.
Ape2 pn aku kna ckp dan aku dh janji nk bg keputusan pd ko.
Maafkan aku fir..
Aku x bleh nk terima ko.S
bb ade yg lebih mendahului dr ko.
Mgkin ko pn bleh mengagak siapa orgnye..
Mgkin kalo ko awal, aku bole bg peluang kat ko.
Aku menghargai perasaan ko kat aku.
Tp aku x bleh nk terima kedua2nye.
Aku harap keputusan yg aku buat adalah btol.
Aku pompuan biase je fir.
Ko seorang lelaki yg baik fir..
Mgkin lps nie ko akan dpt pompuan yg lebih baik dr aku.
Anggapla aku bkn d ciptakn utk ko.
Dlm hidup ini, x smua yg kte nk akan jd milik kte.
Dh hukum alam begitu...
Aku harap kite akan jd kwn sampai ble2.
Kte bole bertegur dan gurau spt dlu.
Aku xnk sbb benda nie kte x bertegur.
Aku rase x best sbb kte satu ******
*.Kte cuba jd spt org dewasa, anggapla xde ape yg berlaku.
Aku harap ko bleh terima dgn seadanya keputusan aku ni.
Maafkn aku kalo keputusan ni melukakan hati ko fir.
Dlm hidup ini byk pilihan...
Kdng2 kte x tau pilihan kte itu btol atau x...
Sama ada ia memberikan kebahagian atau kekecewaan..
Kita x tau apa yg akan berlaku mendatang...
Sbg manusia biasa, kita hanya mampu merancang,tp tuhan yg menentukan segalanya...
Aku doakan ko akan dpt seorang pompuan yang lebih sempurna dr aku.
Dan kebahagian akan sntiasa mengiringi hidup ko


email diatas adalah dari perempuan yg aku propose dalam facebook dulu...
erm salah aku gak kan....
sekali lagi aku terlambat....
tp betol gak apa dia cakap...tak semua yg kita idamkan akan menjadi milik kita...
hehehe...life goes on..

Saturday 8 August 2009

Lagi Petanda Jatuh Cinta…

Lagi Petanda Jatuh Cinta…

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu

Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…
Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu

Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…
Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu

Baca nie...

Rahsia Personaliti Dari Tarikh Lahir - Ilmu Primitif Perosak Akidah!
Jul 29, 2009
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله، والحدالله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد
Sekarang ini satu fenomena baru sedang melanda umat Islam di Malaysia iaitu pendedahan rahsia personaliti serta potensi diri melalui formula matematik terhadap tarikh lahir. Dari hari ke hari ia semakin mendapat sambutan. Selain itu, laman komuniti facebook.com juga semakin rancak menyediakan kuiz-kuiz tenung nasib dan rahsia personaliti. Sebelum itu, telah banyak disebarluaskan rahsia-rahsia personaliti berdasarkan zodiak, hari kelahiran, kedudukan dalam adik-beradik, warna kegemaran, cara berjalan, bentuk wajah, bentuk jari, kedudukan tahi lalat dan pelbagai lagi yang digemari oleh masyarakat kita.
Saya katakan, tidak lain tidak bukan itu semua hanyalah PERBUATAN SIA-SIA LAGI HARAM MALAH BOLEH MENGUNDANG KEROSAKAN IMAN bila ia dipercayai. Perkara-perkara yang disebut itu adalah termasuk meramal yang mana ia telah diharamkan. Sumber yang mengharamkannya banyak sekali.
Dalam Al-Quran, Surah Al-Maaidah, ayat 90, Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Barangsiapa mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima shalatnya selama empat puluh hari.”
Abu Dawud pula meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi صلى الله عليه وسلم , baginda bersabda: “Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu ’alaihi wa sallam.”
Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, beliau berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad صلى الله عليه وسلم .” (Hadith Riwayat Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid).
Ia Benar, Ada Persamaan Dengan Diri Saya
Larangan-larangan yang disebut di atas telah banyak kali diabaikan oleh mereka yang mempercayai pendedahan rahsia-rahsia personaliti itu. Ini kerana bila mereka mencuba-cuba sekadar suka-suka, rupanya pendedahan rahsia-rahsia itu banyak benar dan sama dengan dirinya. Maka itulah mereka terus meminati perkara begini.
Kebenarannya kadang-kadang sukar dinafikan, namun sedarlah bahawa diri kita boleh mengetahui sendiri bagaimana adanya diri kita tanpa melihat kesemua faktor ramalan itu. Sentiasalah bermuhasabah diri serta bertanya pendapat rakan-rakan terhadap personaliti dan potensi diri kita untuk meningkatkan dan memperbaiki diri.
Syaitan Mencuri Dengar Berita-berita Langit
Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menceritakan bahawa suatu ketika dahulu, syaitan dapat mencuri dengar berita-berita langit termasuklah rahsia masa depan yang disembunyikan daripada pengetahuan jin dan manusia. Boleh jadi, rahsia-rahsia yang dibuka kepada manusia daripada faktor-faktor ramalan itu adalah ilmu kuno / primitif yang diperkenal oleh para Syaitan yang pernah mendengarnya sebelum ini dengan ditokok-tambah bagi meyakinkan manusia kepada kebenarannya sedangkan tujuan asal mereka adalah untuk menyesatkan manusia.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. [16] Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam. [17] Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan. [18] (Maksud ayat 16 hingga 18 Surah Al-Hijr)
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. [6] Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; [7](Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, [8] Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. [9] Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. [10] (Maksud ayat 6 hingga 10, Surah As-Soffat)
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radiallohu’anhuma, beliau berkata “Dahulu syaitan-syaitan itu memiliki tempat-tempat berdiam di langit. Mereka mendengarkan wahyu. Dan ketika itu bintang-bintang tidak mengejar mereka dan syaitan-syaitan itu tidak dilempari. Ketika mereka mendengarkan wahyu, mereka turun ke bumi dan menambahkan kalimat yang mampu mereka dengar itu dengan sembilan (kalimat yang lain dari diri mereka). Adapun setelah Rasulullah صلى الله عليه وسلم diutus, maka ketika syaitan-syaitan ini mencapai tempat berdiamnya, suluh api pun mendatanginya dan tidak meleset darinya sehingga membakarnya. Syaitan-syaitan itu lalu mengadu kepada Iblis - semoga Allah melaknatnya.
Iblis berkata, ‘Ini disebabkan adanya perkara yang baru.’ Lalu ia mengutus tenteranya, dan mereka mendapati Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdiri sedang solat di antara dua gunung pohon kurma. (Dua batang pohon kurma). Lantas mereka kembali kepada iblis untuk mengabarkan hal tersebut. Iblis berkata, ‘Inilah dia perkara yang baru itu.’ ” (Dari Ath-Thabari)
Ketahuilah bahawa rahsia-rahsia hidup kita telah tertutup rapi, hanya diketahui oleh Allah S.WT. Kalau pun ada syaitan-syaitan yang dapat mendengarnya, ianya hanyalah pengetahuan primitif kerana selepas baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم diutus, mereka tidak dapat lagi mendengarnya. Dan kalaupun ada di antara mereka yang dapat mendengarnya, mereka tidak akan mengkhabarkan kepada manusia dengan betul kerana mereka bertujuan hidup untuk menyesatkan kita.
Maka, saya nasihatkan agar para pembaca yang bijak membaca tulisan saya ini agar berfikir semula terhadap pegangan kepercayaannya. Bertaubatlah serta kembalilah kepada pegangan yang benar di sisi Islam. Semoga hidup kita diredhai Allah dunia dan akhirat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Mohon maaf dan sekian terima kasih.

finally...

salam...
Lama aku tak menulis dalam blog nie..
bz sanggat ler lately dgn keje..
entah ler...rasa mcm nak pencen and makan gaji aja..
hehehe...bleh ker mcm tu...
tp orang malas mana leh merasai manisnya kejayaan...
aku kena rajin dan bersemangat...
bagi aku...melayan budak2 adalah yang terbaik dalam idup..
rasa diri aku pun mcm bebudak gak..
hehehe..

Wah sedar tak sedar dah makin tua umur aku...
housemate aku dah nak kawin ujung tahun nie..
aku lak sepatutnya ujung tahun lepas dah selamat menjadi suami..
mungkin sebab takda jodoh antara kami....
kan ALLAH lebih mengetahui...
tu ler org kata..kita mampu merancang, Tuhan menentukan segalanya..
aku pasrah...dan terima segala ketentuan nyer..
memula mcm nak marah tahap kronik aja..
nak hancur kan idup orang sebelah sana aja..
tapi aku sedar...membuatkan orang sengsara umpama membuatkan hati aku juga sengsara..
so aku maafkan aja apa yang berlaku...
hati kita takkan tenang selagi kita memaafkan orang...
huhuhuhu...

tp semua tu citer tahun lepas...bulan 9..
baru2 nie aku ada propose sorang awek..
lama aku perhatikan dia...
sweet org nyer..hitam manis...tinggi..
pandai masak and menjahit..dan yg paling penting beragama arr....
so apa lg yg aku nak cari dari wanita mcm nie
untuk dijadikan pemysuri idup aku...
mesti mak aku pun suka punya...
so aku mulakan langkah...
aku propose ler dia melalui facebook...
mcm tak gentleman kan..peduli apa..janji aku berani gak...
huhuhuhu....
dia terkejut gak...
waktu yg sama..dia tgh digosipkan dgn orang lain..
aku nie mcm nak potong line arrr...
tp member aku ckp BMW ler...Best Man Win..
aku belasah gak....

Aku ada ler guna sorang akak nie jd penghubung aku..
just td aja akak tu ckp mcm nie kat aku..

"kalau akak cakap kat ko lepas nie...ko kena terima seadanya...
dia menolak ko bukan sebab ko ker apa....takpa ler...nanti kita jumpa, akak citer
kat ko"....
perhh.........terkejut gak aku..
rupa nya akak aku sorang nie dah tahu keputusan nyer...
aku dah nampak mcm aku kena reject ler...
hehehe...aku tenang aja...dah bnyk kali aku kena reject nie...
cuma aku masih tertanya...apakah aku mempunyai ciri2 lelaki yg bleh dijadikan suami?
kalau aku jawab..tentu aku jawab "BOLEH'
tapi masalah nyer dari kaca mata wanita.....
persoalan dalam persoalan....
ermmmmm........