Wednesday 17 June 2009

30 sebab kenapa lelaki dan wanita lambat kawin

1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot".Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir".Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah".Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je". Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat". Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah....

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit".Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing".Padahal makan hati banyak sangat,sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat.

28. Memang dah tak ader jodoh kot". Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain.

29. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll .

30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah...............................

Yang mana satu anda punya alasan?....renung-renungkan....

Cuti - cuti

Salam..
Lama gak aku tak compose apa2 kat blog aku nie..maklum ler cuti ler katakan...
erm cuti recently aku balik kampung..ada ler dalam 8 hari...ingatkan nak pergi holiday sebelum
sampai kampung...tp kecian lak kat mak aku...tinggalkan dia dan pergi holiday sorang2...
kecik hati dia kalau dia tahu kena tinggal...balik kampung, aku tak buat banyak benda pun....
sepupu aku bertunang...aku ler function advisor...hehehe....bleh ler....teringat lak masa aku
bertunang dulu ( dah putus dah sekarang)....tp memang memenatkan ler....opss..sebelum cuti
class mate aku kawin ( selamat pengantin baru LIN)...muka suami dia lebih kurang mcm muka pengarah ANTOO FIGHTER...Adnan Chuck...aku, adie and zaid dan juga Mr Ramboo...meriah gak ler kenduri kawin dia...

Penghujung cuti, housemate aku lak bertunang kat Putrajaya...memang sepadan ler diaorang berdua...terdetik gak dalam hati nie...kengkawan dah tunang dan dah kawin...aku lak bila lagi?
Tetapi pengalaman lepas membuatkan aku memberontak dalam jiwa....adakah selepas nie 'matahari' bersinar selepas 'hujan ribut' yang melanda?....Berserah aja pada Yang Maha Kuasa.
Sekarang nie aku tengah habiskan sebuah buku bertajuk "AKU TERIMA NIKAHNYA"..nanti ler aku komen sikit pasal buku tu.....

Kerja dah start..mcm2 lak yang menanti.....permohonan belajar pun tak dapat...entah ler..lepas nie mungkin aku tukar bidang lain arr...masih memikir nak buat law or engineering...housemate aku cadang buat engineering...ada lawyer tu cakap aku lebih sesuai buat law...sebab bidang kerja aku sekarang dah bnyk berinteraksi...itu akan memudahkan aku dalam study...aku masih memikir nie....susah gak ar..

ok ler... dah pagi pun...minta diri ku nak membuta...
semoga hari esk adalah lebih baik dari hari semalam...

Wednesday 3 June 2009

Cinta Dalam Hati - Unggu

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini sajat
uk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

note:
sedihkan lagu nie..penuh dengan makna..
lately aku mcm makin jiwang lak...
maybe sebab jiwa ku kosong tanpa seseorang
yang selalu dikatakan kekasih hati..
mujur aku masih ada Yang Maha Esa...
ibu ku, family ku...rakan2 ku..

kita takkan terasa sayangnya kita pada sesorang
hinggalah kita kehilangan sesorang itu..

Rahsia Tarikh Lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif.
Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra.
Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan.
Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya.
Namun begitudia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orangramai.
Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi
segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih
mementingkanpersahabatan daripada percintaan dan lebih rela
memutuskan cintanya demi sebuahpersahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung.
Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah.
Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya
yang lembut & ramah. Diapaling benci jika cintanya ditolak
atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru
dalambertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia
bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahirpada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,
dia akan mengamuk denganhebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur &ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakanpasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai,
suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak
yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan
yang matakeranjang dan suka bertukar-tukar partner.
Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.
Dia sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.
Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan
kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan
punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang
berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu
selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh
pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran
dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia
ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga
dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu
menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah
sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya
sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhatihati
dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah
meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut &
bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang
terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir
mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan
selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam
urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai citacitanya.
Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan
orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat
setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap
orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan
berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan
penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana
bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk
dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang
menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi
perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya
disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman
dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka
merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan
seniman asmara.