Saturday 2 May 2009

Assalamualaikum wbt..
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
Perkara yang anda tak perasan atau saja tak ada perasaan.... ...

1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehnya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehnya.

13. Kenanglah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan berasa senang apabila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.


Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. "Bila Tuhanmu cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada Tuhanmu Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang Tuhanmu Itu Mendahului KemurkaanNya. .."

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ?? Mereka berkedip bersama..... ......, Bergerak bersama..... ..., Menangis bersama..... ..., Melihat bersama dan......... ..., Tidur bersama..... ..... Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain..... PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... .... Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ . Siapa kawan anda ??

kisah rumput yang cantik

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

K.A.W.A.N

Kata mak,KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

Kata abah,KAWAN tu umpama bunga ros,dipandang cantik dipegang sakit.....

Kata atuk,KAWAN tu seperti airterus mengalir.....

Kata nenek,KAWAN tu bak bulandipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

Kata sedare,kawan tu mcm makanan,kawan makan kawan!!

Kata abang,KAWAN tu seperti lembumengikut saje ape dikata........

Kata kakak,KAWAN tu tak ubah macam durianbau je busuk tp sedap dimakan....

Kata adik,KAWAN tu macam biskutsekejap ade sekejap takde.......

Kata aku,kawan tu tak kisahlah camner..

walaupun dia IBARATLEBAH, UMPAMA BUNGAROS, SEPERTI AIR, BAKBULAN, LEMBU, TAK UBAH MACAMDURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan...tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

Tentang Wanita...

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang palingdia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan ituputus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti
coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu
bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamutolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika.Sekiranya kamu masih inginmenganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dantulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai
sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar, tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,
cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicarioleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya, kemudianbarulah dirinya sendiri.

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahuhanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

40 Things Girls Wish Guys Knew..important

40 Things Girls Wish Guys Knew..

1. Dont tell us when you think other girls are hot.
2. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials before we get bored.
3. Mark anniversaries on the calendar.*
4. We think about you all the time.*
5. This is how we see it: Don¿t call = Don¿t care.
6. Which also means that if we dont call, take a hint.
7. We like you to be a little jealous. But overly possessive is not necessary.
8. We¿re allowed to be late. You¿re not.
9. Eye contact is the key.
10. Don¿t take longer to get ready than we do.
11. Laugh at our jokes.*
12. 3 words: honesty, honesty, honesty!
13. Girls can be groupies. Guy groupies are stalkers.
14. Do not start with us. You will not win.
15. Would you like it if a guy treated your sister that way? Didn¿t think so.
16 If you ask nicely, we`ll answer the same way.
17. We will never have enough clothes or shoes.
18 Open the door for us no matter where we are.
19. We love surprises.*
20. Pay attention to the little things we do, because they mean the most.
21. Always brush your teeth before you see us. A fresh mouth and white teeth are a necessity.
22. Clean your room before we come over.*
23. Even though you¿re sometimes insensitive and hurt us, we still love you with everything we are.
24. Don¿t act hard around your friends
25. Sometimes ¿NO¿ really means ¿NO!¿.
26. ¿Wife beaters¿ are not an adequate form of fashion.
27. Sensitive guys are great.. but crying more than we do in a movie just isn¿t right.
28. Dont let ex-girlfriends cause drama, relationships are stressful enough.*
29. It takes a special kind of stupid to forget birthdays.*
30. ¿Fat chicks¿ have feelings, too.
31. Silent treatment, shoulder shrugs, tears, yelling, & nasty looks add up to = YOU DiD SOMETHiNG WRONG.
32. The excuse ¿I can¿t dance¿ is unacceptable. Well appreciate the simple fact that you are trying.*
33. Just because a girl doesnt pick up on the first ring, doesnt mean shes not waiting by the phone.
34. You dont have to spend a lot; if it means a lot.
35. Dont say you love me if you dont mean it.*
36. Dont lie to us. We will catch you.*
37. Dont you ever answer our question with only ONE word! We hate it!
38. Just BE by our side when shopping means you are not allowed to flirt while we shopping
39. Please give us some comment while shopping.. its compulsory.*
40. When the girls get together, we talk about everything. Meaning, my best friends know everything about you.

Lelaki hensem vs Lelaki tak hensem?....fair ker

Kalau lelaki handsome pendiamPerempuan akan cakap: woow, cool giler¿
Kalau lelaki tak handsome pendiamPerempuan akan cakap: eh perasan bagus¿

Kalau lelaki handsome berbuat jahatPerempuan akan kata: nobody¿s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahatPerempuan akan cakap: memang¿. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg digangguPerempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang digangguPerempuan akan kata: entah2 kawan dia¿

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantikPerempuan akan kata: sepadan sangat¿
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantikPerempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasihPerempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasihPerempuan akan kata:¿(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)¿

Kalau lelaki handsome penyayang binatangPerempuan akan cakap: perasaannya halus¿penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatangPerempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi¿

Kalau lelaki handsome bawa BMWPerempuan akan cakap: matching¿ hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMWPerempuan akan cakap: bang, bosnya mana?¿

Kalau lelaki handsome tak mau bergambarPerempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambarPerempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?¿

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuanPerempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuanPerempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu¿.

Kalau lelaki handsome bersedih hatiPerempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hatiPerempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Cinta seorang suami

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, ¿Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!¿

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,¿

Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu¿ sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu¿sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu¿ sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu¿. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu¿ ia boleh dirasai dalam hati.¿

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu¿..

introduction...

Well..blog ini aku reka atas dasar nak berkongsi artikel2 cinta, dunia, agama dan mcm2 lagi yang aku terima dari kengkawan aku melalui email or sumber2 lain...semua org pernah hadapi waktu susah, sedih, kegembiraan, kehilangan dan kejahilan....mugkin sedikit dapat kita berkongsi pengalaman dalam kehidupan ini untuk tatapan dan pedoman kepada mereka yang lain....ilmu yang terbaik adalah melalui pengalaman...tidak semua pengalaman yang kita tempuhi itu dapat dirasai oleh org lain dalam dunia ini....ibarat falsafah dari seseorang yang ku kenal....jika kita ada sebiji epal, kita bertukar dengan org lain yang juga mempunyai sebiji epal.....kita masih ada sebiji epal seorang...tetapi jika kita ada satu ilmu, jika bertukar dengan org lain, kita sudah mempunyai 2 ilmu...begitu juga dengan pengalaman hidup ini. Semoga apa yang akan dipaparkan dalam blog ini akan memberi manafaat kepada pembaca.